Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa 1MDB melanggar prosedur dengan tidak menyalurkan cadangan berhubung pelaburan usaha sama dengan Petrosaudi International Ltd (PSI) kepada Menteri Kewangan diperbadankan sebelum membuat keputusan.<br /><br />Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa berkata sepanjang pengetahuannya pelanggaran proses itu berlaku sejak penubuhan syarikat, sehingga beliau bersara pada tahun 2019.
